Trimester pertama kehamilan
Apa yang terjadi semasa trimester pertama kehamilan? Di sini beberapa perkara yg terjadi para ibu semasa berada pada 3 bulan yang pertama.
1. Morning sickness, mual, dan muntah
1. Morning sickness, mual, dan muntah
Hampir dari 50 % wanita mengalami mual. Biasanya rasa mual ini terjadi dari awal kehamilan. Rasa mual ini akan berakhir ketika kehamilan menjangkau minggu ke 14. Tetapi, terdapat juga keadaan di mana morning sickness ini berlanjuatan sehingga melahirkan.
Para ibu pasti hairan apa yang menyebabkan rasa mual ini? Ini kerana peningkatan hormon dan penyesuaian tubuh pada terhadap perubahan hormon tubuh.
2. Pembesaran payudara
Payudara akan membesar dan montok kerana terjadinya peningkatan hormon kehamilan yang menyebabkan pelebaran pembuluh darah serta serta menyiapkan pemberian zat pada jaringan payudara sebagai persediaan untuk penyusuan.
3. Sering buang air kecil
Keinginan sering buang air kecil pada awal kehamilan ini disebabkan rahim yang membesar sehingga menekan pundi kencing. Perubahan hormon juga meningkatkan kandungan darah yang menjadikan ginjal menghasilkan cairan yang lebih banyak.
4. Sembelit
Sembelit sering terjadi semasa kehamilan. Ini kerana terjadinya peningkatan hormon progesterone yang menyebabkan relaksasi otot sehingga usus bekerja kurang efisien.
5. Peningkatan berat badan
Pada akhir trimester pertama, para ibu mungkin mengalami kesukaran untuk memakai selaur kerana peningkatan berat badan. ia juga kerana pengaruh hormon estrogen yang menyebabkan pembesaran rahim dan hormon progesterone yang menyebabkan tubuh menahan air.
Semua perubahan ini akan terjadi semasa trimester pertama kehamilan. Jadi para ibu yang berada di tahap ini, harapnya anda semua bersedia menempuhi semua ini dengan sabar dan dan ingatlah anda sedang membawa amanah Allah.
Comments
Post a Comment