Posts

Showing posts from 2015

Panduan meletak harga jualan pada kek / biskut dll

PANDUAN MELETAK HARGA JUALAN PADA KEK/ BISKUT DLL Dec 19 Artikel ini telah D sediakan dahulu dan telah berkongsi panduan ini diberapa grup masakan. D harap “Panduan Meletak Harga” ini dapat digunakan bagi anda yang baru bermula berjinak-jinak menjual hasil kek/ kuih/ biskut. D sekadar ingin berkongsi informasi yang tidak seberapa ini. Panduan inilah yang telah D gunakan untuk menetapkan harga ataupun bila D membuat survey harga pasaran bagi kek/kuih/biskut. SEBELUM MELETAK HARGA 1. Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega, kekacang akan naik sedikit). 2. Tingkatkan daya creativiti anda lihat cara orang lain menghias kek atau cara mereka pek kek/kuih/biskut mereka dan ambil ikhtibar untuk memajukan apa yang anda lakukan. 3. Adakan perbincangan antara ahli keluarga atau kawan terdekat bila anda rasa kurang pasti berapa harga yang harus anda letak pada kek/kuih/biskut yang tel

Busybook for my bam bam

Image
Alhamdulillah. Dapat mencoret lagi di blog yg dah kusam ni hehehe...biasalah kesibukan melanda, sbg seorang pekerja, ibu, isteri. Kat sini, aku nak update pasal busybook untuk adhwa, masuh dlm progress dan terhenti sekejap dlm 2 minggu ni sbb kena siapkan tempahan manik dr customer merangkap kwn ofis. Busybook ni aku buat utk menekankan tentang playschool untuk adhwa pd usia muda. Sekarang ni adhwa dah setahun 6 bln tp tak terlambat lagi sebenarnya. Bkn nak menekankan isu pembelajaran pada usia muda tp nak memberi ilmu pd adhwa secara fun n tak terikat pada buku semata. Idea2 untuk busybook ni byk didapati drpd google n group di fb. Nak buat bunga n flower pot Numbering Number yg telah digam dgn velcro, nak menerapkan susun atur nombor ikut turutan Nombor foam sunshine

Popia versi ina

Image
Assalamualaikum. Ok, harini nak post cara buat popia versi aku n mak aku. Heheheh...Dah lama buat popia ni. Siap buat frozen lagi. Bahan2 yg diperlukan pun tak banyak. Bahan2 Timun (dipotong panjang2) Carrot (potong mcm timun) Udang Kulit popia Tepung n air (utk gam) Cara2 Potong timun n carrot mcm ala2 nak buat acar tu. Tapiskan timun sebab dia berair, nnti efek kat kulit popia. Dlm 10 minit camtu, bolehlah mula menggulung popia kita. Masukkan carrot n timun bersama udang. Gulung mcm biasa n lekatkan dgn tepung. Haritu buat 50 keping, leh simpan utk frozen lagi. Goreng bila dah siap. Untuk kuah cilinya.....Gunakan cili kisar, air n garam serta sos cili, bawang putih 2 ulas. Masukkan dlm periuk semua bahan tu dan masak dgn api perlahan. Siaplah sos kita

wishlist 2016

Image
Assalamualaikum. Sedar tak sedar, kita dah hampir dgn penghujung tahun 2015. Sedar tak sedar juga, umur semakin meningkat. Mati pun semakin hampir menjemput. Kat sini, aku nak letakkan wishlist utk tahun 2016, insyaAllah semoga tercapai hendaknya. My wishlist for year 2016.... 1. Oven (jan 2016 insyaAllah) 2. playroom for adhwa (around mac 2016) 3. repair my laptop (not sure when) 4. additional kitchen cabinet (after raya...hopefully) 5. new handphone for my hubby (dah hitam keliling hp nya) Nanti2 kita tambah lg list ni, just for our reference. Doa dan usaha, yakin boleh dapat, insyaAllah ni lah oven yang dikehendaki konsep playroom nak yg mcm ni atau lebih kurang mcm ni sbb nak letak tupperware kat bawah tu hehehe...

Cara membuat playdoh tanpa bahan kimia

Kat sini saya sharekan cara untuk membuat playdoh tanpa bahan kimia. Resepi ni saya dapat daripada blog  diari ibu zarith  dan sy kongsikan di sini. Credit to her blog Bahan-bahan: 1 cawan penuh tepung gandum 1 cawan air 1/2 cawan garam 1 sudu besar minyak masak 2 sudu besar cream of tartar Beberapa titis pewarna kegemaran anak-anak Cara membuat: Campurkan semua bahan, gaulkan sehingga sebati. Kemudian masak atas api sederhana sehingga likat dan tak melekat pada kuali. Tips : boleh disimpan didalam peti ais

busybook

Di sini ada beberapa template yg leh kita share utk membuat busybook utk anak2 kita. feel free to share ya http://homemadebyjill.blogspot.my/2009/07/quiet-book-templates.html permulaan utk membuat busy / quiet book http://www.feltwithlovedesigns.com/2015/01/21/quiet-book/

Puding roti kukus

Image
Percubaan pertama kali. Alhamdulillah menjadi. Puding roti kukus 2 cawan susu segar (sy guna susu dutch lady botol kecil tu) 1 kotak kismis 8 keping roti gardenia (potong 4) 2 biji telur 3 sudu besar gula (resepi asal 4 sdb tp sy kurangkan sbb tak suka manis sgt) 1 sudu kecil esen vanilla sedikit mentega (sy guna marjerin pelangi utk sapu pd loyang) cara2 1. Masukkan susu segar, gula, telur dan esen vanilla ke dlm bekas, pukul sebati, tak payah kembang 2. susun roti yg telah dipotong ke dlm loyang yg telah digris dgn marjerin. 3. taburkn dgn kismis sedikit sahaja dan jirus dgn adunan susu tadi (separuh saja). 4. kemudian, letakan baki roti utk lapisan seterusnya diselangi dgn kismis dan jiruskan baki aduanan susu tadi. 5. tekan perlahan2 supaya roti tersebut menyerap adunan susu dan kukus dlm 30 minit. Bahan sos kastad. 1 tin susu cair 1 cwn air 2 sudu besar tepung kastad 3 sudu besar gula pasir 1 sudu kecil esen vanilla. cara2 1. Satukan semua bahan ke dlm periuk

Baju perkahwinan

Image
Baju ini dimanikkan dengan tujuan untuk digunakan dlm majlis perkahwinan. Ditempah oleh my customer (kwn pada ofismate). Dress ini sudah dijahit lace, so tugas aku cuma memperindahkan lagi dengan taburan manik bg memperlihatkan keanggunan pengantin di hari bahagianya. Gambar2 pengantin bersama baju yg dipakainya boleh dilihat di page aku iaitu di  page rynz beads \

Projek manik lagi (2015)

Image
Ini merupakan baju customer (my officemate) kak fi yang dihantar pada aku untuk dimanikkan. Kak fi mintak aku manikkan bajunya secara ringkas. Jadi kat bawah ni terhasillah design yg ringkas. Aku menggunakan abs pearl bersaiz 6mm, 4mm dan 3mm serta manik bulat sahaja. Penggunaan warna yg ala2 sweet gitu kerana baju cust sudah berona gelap.

Karenah Adhwa Najmuddin di Taska

Image
Assalamualaikum. Ini karenah anak teruna aku masa kat Taska. Ni lbh kurang masa umo dia 8 bln. Suka betul dia duduk dlm seat tu. Cikgu yg whatsapp gambo ni kat aku heheheh...tanx to cikgu ayu

Novel One day You'll be mine

Image
Dah lama aku tak membaca novel. Ni novel yg baru aku beli bersama 2 novel lain. Baru baca dlm 10 ms n skrg ni aku boleh cakap cerita ni pasal perkahwinan yang diatur keluarga. Kat bawah ni aku bagi sinopsis untuk novel ni, tanx to  karya seni  utk sinopsis ni. SINOPSIS Dia seorang gadis  yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna! Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan menin

Adhwa bam bam ibu

Image
Adhwa bam bam mucuk ibu. Permata hati kami, Adhwa Najmuddin bin Nazarrudin. Lahir pada 8 Mei 2014 pada pagi khamis. Lahir seberat 4.52 kg dan tinggi 58 cm.  Buat masa ni, ini je gambar yg aku upload. Nanti aku upload dan bercerita lagi. Kira ni macam diary for adhwa hehehe.... Umur Adhwa sebulan...bulatnya pipi macam ada pau kat muka Scan 4d adhwa semasa 28 minggu

babyweaaring moment with adhwa n ayah

Image
Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. Hari ini aku nak bercerita fasal babywearing moment aku dengan insan2 tersayang.  Memula nak cerita macam mana aku terjebak dgn babywearing ni. Memula aku join group Malaysian Babywearers kat fb tu sebelum adhwa melihat dunia lagi, kira masih dalam perut lagi. Terfikir waktu tu, mahalnya gear2 ni semua. then lama gak memikir sampailah baby aku melihat dunia. Bila umur adhwa dah 3 bln cenggitu lah kan, baru aku terfikir, susahnya aku nak gerak sana sini, dengan cek up adhwa nak pergi hospital n klinik, bila tiba masa aku kena bawak baby bulat bam bam aku sensorang coz ayahnya yg tak dapat cuti. Leceh ah klu nak bawak stroller. Lepas tu, aku pun stalk fb Malaysian Babywearers semula n go through all the files. Kat situ baru aku tau apa itu ergonomic carriers, safe babywearing n so on.  Then aku join lah gombak punya gath, yg dianjurkan oleh kak shida jom gendong di gombak. Alhamdulillah, ayah adhwa sgt bg sokongan untuk ibu berbabywearing ni. K

Tutorial baby hat

Image
Assalamualaikum. Harini aku nak buat tutorial untuk topi baby hehehhe...semenjak2 ada adhwa ni kan, aku suka diy semua barang utk dia. So tutorial ni dah lama berkepam dlm fb aku sebenarnya. so far, dapatlah dua baby hat for adhwa. dua pun sbb kekangan masa. klu aku cukup masa, aku tak taulah berapa byk topi utk adhwa terhasil agaknya hehehe.... so layankan je lah tutorial aku yg tak berapa nak pandai ni. Sorrylah, tulisan aku agak tenggelam warnanya. Leh je nak tanya apa2 soalan pasal tutorial ni ya. 1. Memula, amik ukuran kepala baby, ukur lilit camtu. Adeh, susah bebenor nak amik ukuran kepala adhwa ni, lari sana, lari sini (actually merangkak je) 2. Ukur lilit kepala adhwa 17 inci, so lebar kain utk 2 keping ialah 8 inci stgh. Panjang kain pulak aku amik 15 inci. Aku guna t shirt ayahnya adhwa yg tak guna dah, sbb kain tshirt ni agak memeri kn.  3. potong kain tshirt mengikut ukuran yg dah korang dapat tu. refer pic 3. lebihkan seinci kiri dan seinci kanan sbg basi

Giveaway.....aku menang....yahoooo

Image
Lucky me...sooooo unexpected. Rezeki baby adhwa hehehe...kami menang giveaway by tugeda carrier. Dapat ssc latest design from tugeda. Sapa sangka tu. my bff aishah pun dapat voucher diskaun 50% utk pembelian ssc n storage bag from tugeda, because i tag her in my comment. tak sabar rasanya nak ambil ssc tu on 28 feb ni. my bff pun mestilah eksaited yer ecah. agak2 sapa jd mangsa eksperimen, auni, ammar or icha hahahha.... pic kredit to  http://tugedacarrier.com.my/ ngintai2 fb tugeda, skrg tgh hot design superman. mak tak kisah cemana pun...janji mak dah menang SSC baru hahahah.... Ni email yang aku dapat semalam. ---------------------------- Original Message ---------------------------- Subject: Re: Giveaway From:    "admin" Date:    Thu, January 22, 2015 2:56 am To:      "Ina Ali"  -------------------------------------------------------------------------- Waalaikumusslm wbt, Tahniah puan Ina Ali & Rakan kerana terpilih daripada 10,5++ penyertaan.

One kiddie mom n baby expo 2015

Image
One kiddie mom & baby expo 2015 akan berlansung di putrajaya. Tahun lepas aku pegi gak, memborong barang untuk si kecik dalam perut masa tu. Tahun ni pergi lagi rasanya, almaklum buat kat putrajaya. So masih sempat lagi klu nak simpan duit ni hehehhe.... So pada sesiapa yg nak memborong barang bay, x payah pegi jauh2, kita tunggu 13 mac - 15 mac nnti di picc. p/s : Ibu leh pegi dgn adhwa je hari jumaat balik keja tu sbb ibu dah ada SSC muahahah....

Blog aku redirect ke search engine???

Image
Aku try masuk blog ni last friday tapi tak dapat. So aku mintak bantuan dari forum blogger, n here i am, boleh login dah. Masalahnya blog aku ni redirect ke some search engine. Rupa-rupanya masalah dia, calendar shaja. So aku dah remove that calendar.  Memang dah lama tak update blog since aku ada anak kecik ni. Sedar tak sedar, baby aku dah 8 bulan, Alhamdulillah. Masa sekarang terisi dgn melayan karenah my baby. Nantilah aku post pasal baby aku. Skrg ni aku just nak bergumbira sbb blog aku dah leh login....yihaaa

Sawang ooo sawang

Lama dah blog aku ni tak update. Semenjak ada si kecik ni kan