Posts

Showing posts from October, 2013

Zikir mudah bersalin

Image
Doa-doa dan zikir ni aku dapati semasa cari dalam google. Harap semua dapat manfaat untuk ilmu yg aku share ni ya. 1. Surah Al-Fatihah (7 kali) 2. Ya Khafid (1000 kali) Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya. 3. Al-Abasa : 20 " Kemudian jalannya dimudahkan" 4. Al-Anbia' : 87-89 "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri" Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami) Dan (sebut

Kebaikan minyak kelapa dara kepada ibu hamil

KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU MENGANDUNG  Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda.  Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ (MCFA) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.  Minyak kelapa dara (VCO) diiktiraf sebagai 'functional food' (makanan yang membekalkan komponen kesihatan melebihi komponen untuk tenaga) dan bebas kolestrol amat disarankan diambil sebagai tambahan dalam menu harian bagi setiap wanita

Omega-3 (minyak ikan) semasa hamil

Oklah, harini saya nak kongsi info berkenaan Omega-3 ataupun lebih dikenali dengan minyak ikan. Apa kebaikan minyak ikan kepada ibu yg sedang hamil? Apakah Asid Lemak Omega -3? Omega-3 adalah satu rantaian asid lemak politaktepu yang merupakan antara nutrien terpenting untuk kesihatan dan tumbesaran. Malangnya, asid lemak ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu ia mesti diperolehi dari diet atau suplement. Penyelidikan menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mempunyai DHA dan EPA. Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi  bekerjasama di dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. Antara fungsi EPA adalah menyokong sistem jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, fungsi DHA pula, menyokong otak, mata dan sistem saraf pusat. Dan hal ini sangat penting bagi wanita hamil dan menyusu. Mengapa Omega-3 penting? Pengambilan Omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran seimbang bahan seperti ho

Suplemen yang perlu diambil semasa kehamilan

Image
Suplemen yang perlu diambil semasa kehamilan ialah 1. Asid Folik. PENTING bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dari awal kehamilan sebaiknya diambil sebaik persenyawaan  berlaku bagi MENGHALANG kecacatan  Neural Tube  disamping membantu  pembentukan saraf dan sel-sel lain oleh itu digalakkan diambil sebaik sahaja berkahwin kerana ada berlaku kehamilan tidak dirancang   Dos dicadangkan                 :   400 mcg/day   2. Zat besi (iron) PENTING untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh KURANGKAN risiko kelahiran pramatang TERLEBIH ambil dos boleh menyebabkan sembelit dan pedih perut PENGGANGGU serapan zat iron adalah ikan, daging merah, hati, produk tenusu seperti susu, mentega atau keju dan suplemen kalsium. **(ambil sejam sebelum atau 2 jam selepas makan dan iron tidak boleh di makan dengan kalsium) Dos dicadangkan            : 18 mg/day (wanita tidak hamil)                                         : 27 mg/day (wanita h

Trimester pertama kehamilan

Apa yang terjadi semasa trimester pertama kehamilan? Di sini beberapa perkara yg terjadi para ibu semasa berada pada 3 bulan yang pertama. 1. Morning sickness, mual, dan muntah Hampir dari 50 % wanita mengalami mual. Biasanya rasa mual ini terjadi dari awal kehamilan. Rasa mual ini akan berakhir ketika kehamilan menjangkau minggu ke 14. Tetapi, terdapat juga keadaan di mana morning sickness ini berlanjuatan sehingga melahirkan. Para ibu pasti hairan apa yang menyebabkan rasa mual ini? Ini kerana peningkatan hormon dan penyesuaian tubuh pada terhadap perubahan hormon tubuh. 2. Pembesaran payudara Payudara akan membesar dan montok kerana terjadinya peningkatan hormon kehamilan yang menyebabkan pelebaran pembuluh darah serta serta menyiapkan pemberian zat pada jaringan payudara sebagai persediaan untuk penyusuan. 3. Sering  buang air kecil Keinginan sering buang air kecil pada awal kehamilan ini disebabkan rahim yang membesar sehingga menekan pundi kencing. Perubahan hormon