Suplemen yang perlu diambil semasa kehamilan

Suplemen yang perlu diambil semasa kehamilan ialah

1. Asid Folik.


  • PENTING bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dari awal kehamilan
  • sebaiknya diambil sebaik persenyawaan  berlaku bagi MENGHALANG kecacatan Neural Tube disamping membantu  pembentukan saraf dan sel-sel lain
  • oleh itu digalakkan diambil sebaik sahaja berkahwin kerana ada berlaku kehamilan tidak dirancang 

 Dos dicadangkan                :   400 mcg/day  


2. Zat besi (iron)
  • PENTING untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh
  • KURANGKAN risiko kelahiran pramatang
  • TERLEBIH ambil dos boleh menyebabkan sembelit dan pedih perut
  • PENGGANGGU serapan zat iron adalah ikan, daging merah, hati, produk tenusu seperti susu, mentega atau keju dan suplemen kalsium. **(ambil sejam sebelum atau 2 jam selepas makan dan iron tidak boleh di makan dengan kalsium)
Dos dicadangkan           : 18 mg/day (wanita tidak hamil) 
                                       : 27 mg/day (wanita hamil)


3. Kalsium
  • PENTING bagi pembentukan tulang dan gigi
  • KEKURANGAN kalsium, ibu hamil terdedah kepada risiko preeclampsiayang boleh membawa maut kepada ibu dan anak dalam rahim
  • suplemen kalsium yang diambil perlu mengandungi Vitamin D dan Magnesium

Dos dicadangkan           : 1000 mg/day (wanita tidak hamil) 


4. Omega-3
  • PENTING bagi perkembangan otak, pembentukkan sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik
  • ikan Salmon adalah sumber terbaik omega-3 tetapi dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan merkuri kerana pencemaran sungai di US

Dos dicadangkan           : 200-300 mg/day (wanita hamil dan menyusukan anak) 


                                      

5. Vitamin A
  • PENTING bagiperkembangan fizikal, penglihatan dan daya tahan tubuh
  • TERLEBIH dos boleh menyebabkan kecacatan pada bayi

Dos dicadangkan           : kurang @ sama dengan 5000 IU/day (wanita tidak hamil) 


Comments

Popular posts from this blog

Zikir mudah bersalin

Membasuh cross stitch

Puding roti kukus