Posts

Showing posts with the label hobi

Puding roti kukus

Image
Percubaan pertama kali. Alhamdulillah menjadi. Puding roti kukus 2 cawan susu segar (sy guna susu dutch lady botol kecil tu) 1 kotak kismis 8 keping roti gardenia (potong 4) 2 biji telur 3 sudu besar gula (resepi asal 4 sdb tp sy kurangkan sbb tak suka manis sgt) 1 sudu kecil esen vanilla sedikit mentega (sy guna marjerin pelangi utk sapu pd loyang) cara2 1. Masukkan susu segar, gula, telur dan esen vanilla ke dlm bekas, pukul sebati, tak payah kembang 2. susun roti yg telah dipotong ke dlm loyang yg telah digris dgn marjerin. 3. taburkn dgn kismis sedikit sahaja dan jirus dgn adunan susu tadi (separuh saja). 4. kemudian, letakan baki roti utk lapisan seterusnya diselangi dgn kismis dan jiruskan baki aduanan susu tadi. 5. tekan perlahan2 supaya roti tersebut menyerap adunan susu dan kukus dlm 30 minit. Bahan sos kastad. 1 tin susu cair 1 cwn air 2 sudu besar tepung kastad 3 sudu besar gula pasir 1 sudu kecil esen vanilla. cara2 1. Satukan semua bahan ke dlm periuk ...

Novel One day You'll be mine

Image
Dah lama aku tak membaca novel. Ni novel yg baru aku beli bersama 2 novel lain. Baru baca dlm 10 ms n skrg ni aku boleh cakap cerita ni pasal perkahwinan yang diatur keluarga. Kat bawah ni aku bagi sinopsis untuk novel ni, tanx to  karya seni  utk sinopsis ni. SINOPSIS Dia seorang gadis  yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna! Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti di...

Tutorial baby hat

Image
Assalamualaikum. Harini aku nak buat tutorial untuk topi baby hehehhe...semenjak2 ada adhwa ni kan, aku suka diy semua barang utk dia. So tutorial ni dah lama berkepam dlm fb aku sebenarnya. so far, dapatlah dua baby hat for adhwa. dua pun sbb kekangan masa. klu aku cukup masa, aku tak taulah berapa byk topi utk adhwa terhasil agaknya hehehe.... so layankan je lah tutorial aku yg tak berapa nak pandai ni. Sorrylah, tulisan aku agak tenggelam warnanya. Leh je nak tanya apa2 soalan pasal tutorial ni ya. 1. Memula, amik ukuran kepala baby, ukur lilit camtu. Adeh, susah bebenor nak amik ukuran kepala adhwa ni, lari sana, lari sini (actually merangkak je) 2. Ukur lilit kepala adhwa 17 inci, so lebar kain utk 2 keping ialah 8 inci stgh. Panjang kain pulak aku amik 15 inci. Aku guna t shirt ayahnya adhwa yg tak guna dah, sbb kain tshirt ni agak memeri kn.  3. potong kain tshirt mengikut ukuran yg dah korang dapat tu. refer pic 3. lebihkan seinci kiri dan seinci kanan sbg ...