Posts

Showing posts from November, 2013

Hamil minggu ke 16

Image
Assalamualaikum. Minggu ni genaplah aku hamil 16 minggu. Alhamdulillah. So aku pun google td, saja2 nak tengok baby dlm perut ni perkembangan dia macam mana. So ini hasil google aku. Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 11.6sm dan berat sekitar 100g. Dalam tiga minggu ke hadapan ini dia akan membesar dengan sangat cepat, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan makhluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya iaitu tali pusatnya sendiri yang dia suka tarik dan cekau. Kadang-kala dia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama sehingga memudaratkan. Sistem peredaran dan salur kencingnya sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. Kadang-kala, apabila a