Posts

Showing posts with the label manik

Baju perkahwinan

Image
Baju ini dimanikkan dengan tujuan untuk digunakan dlm majlis perkahwinan. Ditempah oleh my customer (kwn pada ofismate). Dress ini sudah dijahit lace, so tugas aku cuma memperindahkan lagi dengan taburan manik bg memperlihatkan keanggunan pengantin di hari bahagianya. Gambar2 pengantin bersama baju yg dipakainya boleh dilihat di page aku iaitu di  page rynz beads \

Projek manik lagi (2015)

Image
Ini merupakan baju customer (my officemate) kak fi yang dihantar pada aku untuk dimanikkan. Kak fi mintak aku manikkan bajunya secara ringkas. Jadi kat bawah ni terhasillah design yg ringkas. Aku menggunakan abs pearl bersaiz 6mm, 4mm dan 3mm serta manik bulat sahaja. Penggunaan warna yg ala2 sweet gitu kerana baju cust sudah berona gelap.

Merah lawan hitam

Image
Ok, ini lace crumble untuk baju merah makngah ni. Pikir punya pikir, nak letak warna apa ya lace tu. Bila padankan dengan hitam, mabeles nampaknya. So atas permintaan customer, jahitan manik ini dibuat untuk bahagian bawah baju dan lengan sahaja. So caj untuk baju ni RM 180.00 sahaja.

lagi crumble lace 2013

Image
Tempahan dr customer tetapku hihihi. Dia nak aku padankan dgn lace warna pink. Jadi inilah hasilnya. Mcm takde idea nak mengarang panjang2 arini. So, layankan ajalah ya

Bunga labuci

Image
Ini merupakan 1 daripada 6 bunga labuci yg aku kena buat mengikut bunga pada lace baju nikah customer aku. Membuat bunga menggunakan labuci ni memakan masa sejam utk 1 baunga hehehe... Nanti aku akan upload keseluruhan baju tu coz buat masa skrg, baju tu pun tak siap lagi
Image
Tempahan dari anak cc Laili untuk konvonya. Baju mengandung yg diperincikan dgn lace di bahagian bawah baju dan lengan. Lace ini mmg dah siap sedia dijahit pd baju, so kerja aku cuma menjahit pearl pd bahagian lace di lengan dan bawah baju. Untuk ini, aku caj RM90 sahaja. Ini kerana di bahagian bawah baju tu, terlampau lebar dan tebal lacenya.

manik tabur colour blocking

Image
Ini merupakan manik tabur yang aku buat untuk baju kwn aku wahidah, org kastam. Warna manik tu atas permintaan dia sebb dia nak colour blocking. Warna baju hijau, warna manik royale blue. Ketebalan jahitan manik ni setebal 2 inci, atas permintaan customer juga. So enjoy the picture ya

Manik yg ringkas untuk tahun 2013 ini

Image
Baju ini merupakan tempahan urgent dr customer aku yg comel, Nadia. Malangnya dia tak dapat pakai baju ni untuk menghadiri majlis kawin kerana terpaksa duduk di rumah untuk kuarantin. Takpe dik, leh pakai lain kali. Baju raya ada lagi kan, leh melaram habis2an. Baju ini hanya mengambil masa 2 hari sahaja untuk disiapka. Pearl saiz 6 dan 4 disusun secara berselang. Pearl saiz 6 berwarna ungu manakala pearl saiz 4 berwarna biru turqoise. Warna pearl dipilih mengikut pada warna baju. Kemudian manik bulat dijahit keatas untuk membuatkan baju itu tidak keliahatan kosong. Tempahan diambil berharga RM 60 sahaja. 

Baju tunang Adah, lace crumble

Image
Baju ini merupakan tempahan dr customer tetap aku sempena hari pertunangan dia. Baju ni jenis peplum. So, Adah mintak aku perincikan manik di bahagian pinggang n lengan dia sahaja. Fabrik baju ni merupakan jenis chiffon dan liningnya pun chiffon juga. Oleh kerana fabrik baju ini ringan dan nipis, maka aku mejahit lace dahulu sebelum ditambah dengan manik, agak kain tidak cepat rosak bila dijahit manik terus pd fabrik. Di bahagian pinggangnya, cuma sebaris sahaja lace yg dijahit, manakala di bahagian tangan, 2 baris lace dijahit mengikut kehendak Adah yg mahukan bahagian lengan itu agak tebal. Harga tempahan untuk baju ini ialah RM170. Ini kerana Bahagian pinggang dan lengannya yang kecil sahaja, jd tidak memerlukan materail yg byk berbanding biasa. Maka terhasillah seperti di bawah

baju tunang lagi

Image
Ini merupakan baju tunang office mate . Bajunya dibuat dengan kain chiffon di luar dan kain satin di dalam. Orangnya kecil molek sahaja. So, baju ini ditambah dengan lace untuk di bahagian bawah baju dan tangan sahaja. Warna lace ini atas permintaan customer, kerana mengikut warna temanya iaitu peach dan kelabu. Lace ini diperincikan lagi dengan pearl dan labuci, dan ditambah dengan renjisan manik2 dan pearl. Harga yang telah di caj pada customer ni ialah RM150.00

Manik pd tudung

Image
Ni manik yg sempat aku jahit pd tudung atas permintaan customer. Sebenarnya tak byk pun projek jahit manik pd tudung ni yg penah aku buat. So layankan ajelah ye Pearl di jahit sebutir-sebutir pd hujung tudung awning 2 layer Add caption Filigree ditambah pd awning tepi tudung dan di hiaskan lagi dengan pearl

Manik yg baru siap

Image
Ini semua hasil kerja yg aku buat semasa aku berhibernation heheheh. Selepas ni akan ada lagi yg menyusul, tapi biasalah amik masa 2 3 bulan juga untuk aku update dlm blog ni kan. Almaklum vitamin M tu sgt byk dlm badan ni.  Manik tabur pd baju polka dot yg ditambah dgn stone. Lace 3D dan diperincikan lagi dengan taburan pearl Crumble yg dijahit untuk menonjolkan lagi warna merah kain Manik yg dijahit dgn lace 3D, di tambah dgn taburan pearl di bahagian tangan dan bawah baju. Lace crumble warna purple taburan pearl di atas lace untukl baju nikah Kira Atas permintaan customer, baju ni dijahit dgn stone. Di tambah lg dgn pearl2 kecil membentuk 3 segi bagi mengisi ruang kosong pd baju Jadi bg sesiapa yg ingin menempah, bolehlah email di azarina.ali@gmail.com ataupun call di 012-7003412. Terima kasih

Tudung nikahku

Image
Ok, dah lama majlis nikah aku berlangsung kan, harinih baru bekesempatan nak upload gambar tudung nikah aku. so check it out