Baju tunang Adah, lace crumble

Baju ini merupakan tempahan dr customer tetap aku sempena hari pertunangan dia. Baju ni jenis peplum. So, Adah mintak aku perincikan manik di bahagian pinggang n lengan dia sahaja. Fabrik baju ni merupakan jenis chiffon dan liningnya pun chiffon juga.

Oleh kerana fabrik baju ini ringan dan nipis, maka aku mejahit lace dahulu sebelum ditambah dengan manik, agak kain tidak cepat rosak bila dijahit manik terus pd fabrik.

Di bahagian pinggangnya, cuma sebaris sahaja lace yg dijahit, manakala di bahagian tangan, 2 baris lace dijahit mengikut kehendak Adah yg mahukan bahagian lengan itu agak tebal.

Harga tempahan untuk baju ini ialah RM170. Ini kerana Bahagian pinggang dan lengannya yang kecil sahaja, jd tidak memerlukan materail yg byk berbanding biasa.

Maka terhasillah seperti di bawah



Comments

Popular posts from this blog

Zikir mudah bersalin

Membasuh cross stitch

Puding roti kukus