Kebaikan minyak kelapa dara kepada ibu hamil

KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU MENGANDUNG 

Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. 
Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ (MCFA) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. 

Minyak kelapa dara (VCO) diiktiraf sebagai 'functional food' (makanan yang membekalkan komponen kesihatan melebihi komponen untuk tenaga) dan bebas kolestrol amat disarankan diambil sebagai tambahan dalam menu harian bagi setiap wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi.


Kandungan 50% lemak tepu aktif (asid laurik) dalam VCO memberikan nutrien serupa dengan susu ibu serta bersifat antivirus, antibakteria dan antikulat/fungus semulajadi terbaik, manakala 6% asid kaprik dalam VCO pula berperanan meningkatkan antibodi dan keupayaan melawan jangkitan penyakit. Kajian mendapati ibu2 yang mengambil makanan berasaskan minyak kelapa akan meningkatkan  2-3kali ganda nutrien asid laurik dan asid kaprik dalam susu badan mereka. Justeru anak yang disusui mendapat manfaat optimum dan membesar dengan lebih sihat kerana sistem imunisasi badan lebih kuat.

Kebaikan minyak kelapa dara

1. Membekalkan tenaga
2. Mencegah rasa letih dan mengantuk
3. Membantu mengurangkan morning sickness (loya dan muntah)
4. Mengurangkan sembelit/buasir kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.
5. Disapu pada perut bagi mengurangkan stretch mark
6. Disapu pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang.
7. proses bersalin secara normal menjadi lebih mudah dan lancar.
8. Mengurangkan risiko komplikasi semasa melahirkan
9. Mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang)
10. Sapuan pada luka bersalin untuk mencegah jangkitan kuman dan mempercepatkan proses penyembuhan serta menghilangkan parut.


Comments

Popular posts from this blog

Zikir mudah bersalin

Membasuh cross stitch

Puding roti kukus