Tutorial baby hat

Assalamualaikum. Harini aku nak buat tutorial untuk topi baby hehehhe...semenjak2 ada adhwa ni kan, aku suka diy semua barang utk dia. So tutorial ni dah lama berkepam dlm fb aku sebenarnya. so far, dapatlah dua baby hat for adhwa. dua pun sbb kekangan masa. klu aku cukup masa, aku tak taulah berapa byk topi utk adhwa terhasil agaknya hehehe....

so layankan je lah tutorial aku yg tak berapa nak pandai ni. Sorrylah, tulisan aku agak tenggelam warnanya. Leh je nak tanya apa2 soalan pasal tutorial ni ya.

1. Memula, amik ukuran kepala baby, ukur lilit camtu. Adeh, susah bebenor nak amik ukuran kepala adhwa ni, lari sana, lari sini (actually merangkak je)

2. Ukur lilit kepala adhwa 17 inci, so lebar kain utk 2 keping ialah 8 inci stgh. Panjang kain pulak aku amik 15 inci. Aku guna t shirt ayahnya adhwa yg tak guna dah, sbb kain tshirt ni agak memeri kn. 

3. potong kain tshirt mengikut ukuran yg dah korang dapat tu. refer pic 3. lebihkan seinci kiri dan seinci kanan sbg basi kain.

4. tanda ukuran yg korang dapat pd kain. jahit kiri dan kanan kain tu. aku takde mesin jahit, so aku jahit tangan sahaja.

 5. Gambar bawah ni after kain dijahit kiri dan kanan. Jahit pakai tangan ja. After dat, potong lebihan kiri dan kanan kain sbb basinya agak banyak.

6. Selepas itu, lipat 2 kain tersebut untuk dibuat lengkungan di belakangnya. lukis garisan melengkung dan potong mengikut garisan yang dilukis.

7. Jahit bahagian lengkung tersebut.


8. Selepas itu, bahagian depan topi dilipat kedalam dalam anggaran 2 inci setengah. Terbalikkan topi tersebut keluar. Kemudian bahagian atas topi tersebut dilipat ke atas dalam ukuran 1 inci.

9. Jahit kiri dan kanan untuk membuat lipatan lekat pada topi. Almaklum, my boboy suka tarik2 topinya, tak mau lah lipatan tu tercabut.

10. Tara....dah siap topi adhwa. Yang gambar kat bawah tu, hasil buat pertama kali, guna kain tshirt belang2 hehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Zikir mudah bersalin

Membasuh cross stitch

Puding roti kukus