Pagi isnin

Assalamualaikum.
Pagi isnin, 29/10/2012. Sedar tak sedar, tahun 2012 dah sampai ke penghujung. Lbh kurang 2 bulan lagi. Maka umur pun akan terus bertambah. Tp apa ada pd angka (ayat nak menyedapkan hati hehehhe). But seriously, mmg kengkadang, KENGKADANG aku tak kisah pasal umur ni.

Baru lepas sambutan hari raya AidilAdha. Tahun ni dlm sejarah aku tak balik kg. Yerlah, adat hidup org dah ada kuarga sendiri. Kenalah ikut encik suami kan. Ikut turn sbb  raya puasa dah balik kg aku. Tahun ni kami beraya kat umah aunty na kat serendah. Uncle man ada amik 1 bahagian korban, so adalah kami dapat bawak balik sket ke rumah.

Kat sana, en suami siap masak sup tulang n daging. Melantak lah kami habis-habisan. Pastu aku tgk muka en suami aku dah merah. Ni msti sbb byk makan daging sgt. So nak kena bwk p klinik lah dia ni, silap2 kolestrol dia tinggi. Dahlah en suami ada darah tinggi, haishhhh.

Nanti aku merepek lagilah, tak tau nak tulis apa dah

Comments

Popular posts from this blog

Zikir mudah bersalin

Membasuh cross stitch

Puding roti kukus