Posts

One kiddie mom n baby expo 2015

Image
One kiddie mom & baby expo 2015 akan berlansung di putrajaya. Tahun lepas aku pegi gak, memborong barang untuk si kecik dalam perut masa tu. Tahun ni pergi lagi rasanya, almaklum buat kat putrajaya. So masih sempat lagi klu nak simpan duit ni hehehhe.... So pada sesiapa yg nak memborong barang bay, x payah pegi jauh2, kita tunggu 13 mac - 15 mac nnti di picc. p/s : Ibu leh pegi dgn adhwa je hari jumaat balik keja tu sbb ibu dah ada SSC muahahah....

Blog aku redirect ke search engine???

Image
Aku try masuk blog ni last friday tapi tak dapat. So aku mintak bantuan dari forum blogger, n here i am, boleh login dah. Masalahnya blog aku ni redirect ke some search engine. Rupa-rupanya masalah dia, calendar shaja. So aku dah remove that calendar.  Memang dah lama tak update blog since aku ada anak kecik ni. Sedar tak sedar, baby aku dah 8 bulan, Alhamdulillah. Masa sekarang terisi dgn melayan karenah my baby. Nantilah aku post pasal baby aku. Skrg ni aku just nak bergumbira sbb blog aku dah leh login....yihaaa

Sawang ooo sawang

Lama dah blog aku ni tak update. Semenjak ada si kecik ni kan

Hamil minggu ke 16

Image
Assalamualaikum. Minggu ni genaplah aku hamil 16 minggu. Alhamdulillah. So aku pun google td, saja2 nak tengok baby dlm perut ni perkembangan dia macam mana. So ini hasil google aku. Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 11.6sm dan berat sekitar 100g. Dalam tiga minggu ke hadapan ini dia akan membesar dengan sangat cepat, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan makhluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya iaitu tali pusatnya sendiri yang dia suka tarik dan cekau. Kadang-kala dia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama sehingga memudaratkan. Sistem peredaran dan salur kencingnya sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. Kadang-kala, apabila a...

Zikir mudah bersalin

Image
Doa-doa dan zikir ni aku dapati semasa cari dalam google. Harap semua dapat manfaat untuk ilmu yg aku share ni ya. 1. Surah Al-Fatihah (7 kali) 2. Ya Khafid (1000 kali) Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya. 3. Al-Abasa : 20 " Kemudian jalannya dimudahkan" 4. Al-Anbia' : 87-89 "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri" Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami) Dan (sebut...

Kebaikan minyak kelapa dara kepada ibu hamil

KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU MENGANDUNG  Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda.  Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ (MCFA) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.  Minyak kelapa dara (VCO) diiktiraf sebagai 'functional food' (makanan yang membekalkan komponen kesihatan melebihi komponen untuk tenaga) dan bebas kolestrol amat disarankan diambil sebagai tambahan dalam menu harian bag...

Omega-3 (minyak ikan) semasa hamil

Oklah, harini saya nak kongsi info berkenaan Omega-3 ataupun lebih dikenali dengan minyak ikan. Apa kebaikan minyak ikan kepada ibu yg sedang hamil? Apakah Asid Lemak Omega -3? Omega-3 adalah satu rantaian asid lemak politaktepu yang merupakan antara nutrien terpenting untuk kesihatan dan tumbesaran. Malangnya, asid lemak ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu ia mesti diperolehi dari diet atau suplement. Penyelidikan menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mempunyai DHA dan EPA. Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi  bekerjasama di dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. Antara fungsi EPA adalah menyokong sistem jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, fungsi DHA pula, menyokong otak, mata dan sistem saraf pusat. Dan hal ini sangat penting bagi wanita hamil dan menyusu. Mengapa Omega-3 penting? Pengambilan Omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran seimbang bahan sepert...