Untuk renungan di tahun 2010

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu Terkenal dengan budaya malas dan lesu?
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu!
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru?
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu?
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu?
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOLEH! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu!
Cuma baca bila nak halau hantu!

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti). Puratanya manusia meninggal ± 65 th

Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia.
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Gambaran kasarnya: Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur
18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktivitidisiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar ataumengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambiljalan-jalan dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk merenggut
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka
Terimalah habuanmu seadanya..

Memangbenar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapikebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...

Memangbenar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurangsedekahnya. "Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkalaberjaya"

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktuitu dianggap sudah mencukupi... ! Karena kita fikir; solat wajib besarpahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membukapintu syurga... Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima!!? Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun.

Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuksolat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuktanah.. amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita.... itupunbelum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima. Dan sekiranyapahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatandosa-dosa kita selama 50 tahun;

Dalam percakapan kita yangselalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kitayang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yangselalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yangselalu bergelumang dosa...

Logiknya: Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zamanakan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian............. Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusiahidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:



Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengansesuatu yang bermanfaat!! !!!!! Ingatlah negeri kita... Akhirat

TAMAT

"Bukan suatu paksaan untuk disebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

credit to cari

Comments

Popular posts from this blog

Zikir mudah bersalin

Membasuh cross stitch

Puding roti kukus