malam yang sepi

hmmmm..cuti 2 ari, dok umah jer keja aku. Tak berapa sihat, sakit tekak. Aritu konon2 nak bg review movie dragon ball, tp tak gak aku buat hahhaha..azam je lebih.
Btw, ni dah pukul 10.30 mlm, tp tak terasa nak tido lg. Nak baca novel, rase mcm malas jek sbb klu aku dah mengadap novel kang, mau aku tido lambat, sok nak bangun pg pegi keja. Hmmm....sha (bestfren aku) pun dah tido awal, dia sms td.
Ape lagi yg aku nak membebel eh, takde ape pun yg best berlaku. Hah, kat putrajaya ade petunjukan belon panas tp ntahlah...aku tak pegi pun. Budak umah aku ade yg pegi. Takpelah, klu ade tahun depan, InsyaAllah aku pegi lg.
Petang td, baru jek aku khatam novel 'Kerana Terluka' oleh Aida Adriani. Actually, ni 2nd time aku baca novel ni, yg pertama dulu mase aku pinjam seha punye. So skrg aku dah ade novel nih, beli mase karnival karangkraf aritu kat shah alam. Novel nih sedih bangat la, tp happy ending (tu yg aku suke). kisah suka duka nudra haneem yg tak disukai oleh neneknye sendiri. Kahwin dgn iskandar tanpa mendapat restu keluarga mertua (akibat fitnah). Lepastu nudra dimadukan hanya kerana Iskandar menurut kata uminya. Kat sini, kengkadang aku merasa benci pada watak Iskandar, hanya menurut kata uminya, Taulah syurga di bawah kaki ibu, tp tegaslah sket demi mempertahankan hak nudra sbg isterinya yg sah. Watak nudra dlm cerita ni plak, seorg isteri yg sgt baik, sanggup berkorban demi org lain. Benarlah kata org, cinta memerlukan pengorbanan. Tp pada aku, biarlah pengorbanan itu bertempat.

Comments

Popular posts from this blog

Zikir mudah bersalin

Membasuh cross stitch

Puding roti kukus