Posts

Projek memanik untuk tahun 2013

Image
So kat sini aku senaraikan serba ringkas bahan yg akuIni merupakan jahitan manik lace crumble yg aku buat utk customer aku, CC laili di opis ini. Jahitan lace crumble ini aku buat yg simple2 sahaja. Ini merupakan jahitan manik lace crumble yg simple punya. So oleh kerana kerajinan aku yg terlebih rajin, maka kat bawah ni aku letakkan material yg aku guna dalam buat lace crumble simple ni ye Bahan-bahan - Benang lite purple - Jarum manik - Lace bunga2 warna purple -ABS pearl warna pink saiz 4 - Glass pearl hijau saiz 4 (hijau muda n pekat sikit) - Labuci berbentuk daun -Labuci bunga warna pink - Glass pearl size 2 - ABS pearl size 6 - manik hijau bulat - manik hijau silver - pearl campur pink + hijau + purple untuk taburan Itu saja rasanya kot, so aku dah kira, modal n upah jahit, aku caj customer aku macam ni RM70. Lace crumble di bahagian lengan, just simple crumble atas permintaan customer

WIP Cross stitch

Image
Ni projek terbaru cs belum siap lg, amik masa lah kot Cadang-cadangnya nak siapkan sebelum our anniversary bulan 6 ni tp tak taulah sempat siap ke tidak so kita tengoklah samada dia boleh siap chaiyokkkkkk gambar 1/10jek yg siap hahahah....

Buku jalanan bandar baru bangi

Ni iklan yg aku copy dari blog hest ye klik sini JOM JOIN MEMBACA BERSAMA BUKU JALANAN BANGI!! Kepada kawan-kawan yang minat membaca, mencari-cari kawan untuk bertukar-tukar buku, jangan malu jangan segan jom join kami di   BUKUJALANAN - BANDAR BARU BANGI (BJBBB).   Waktu dan tempat seperti berikut :  TARIKH         :           24 Februari 2013 MASA             :           5pm - 7pm TEMPAT       :           Taman Tasik Cempaka, Bangi (berdekatan dengan McD bangi, ada playground dekat2 area situ) Boleh follow twitter @bukujalananBBB atau like FB page Buku Jalanan Bandar Baru Bangi KONSEP & HISTORY : Buku Jalanan Bangi berkonsepkan perpustakaan umum yang santai dan terbuka.  Di sini terdapat...

Manik pd tudung

Image
Ni manik yg sempat aku jahit pd tudung atas permintaan customer. Sebenarnya tak byk pun projek jahit manik pd tudung ni yg penah aku buat. So layankan ajelah ye Pearl di jahit sebutir-sebutir pd hujung tudung awning 2 layer Add caption Filigree ditambah pd awning tepi tudung dan di hiaskan lagi dengan pearl

Manik yg baru siap

Image
Ini semua hasil kerja yg aku buat semasa aku berhibernation heheheh. Selepas ni akan ada lagi yg menyusul, tapi biasalah amik masa 2 3 bulan juga untuk aku update dlm blog ni kan. Almaklum vitamin M tu sgt byk dlm badan ni.  Manik tabur pd baju polka dot yg ditambah dgn stone. Lace 3D dan diperincikan lagi dengan taburan pearl Crumble yg dijahit untuk menonjolkan lagi warna merah kain Manik yg dijahit dgn lace 3D, di tambah dgn taburan pearl di bahagian tangan dan bawah baju. Lace crumble warna purple taburan pearl di atas lace untukl baju nikah Kira Atas permintaan customer, baju ni dijahit dgn stone. Di tambah lg dgn pearl2 kecil membentuk 3 segi bagi mengisi ruang kosong pd baju Jadi bg sesiapa yg ingin menempah, bolehlah email di azarina.ali@gmail.com ataupun call di 012-7003412. Terima kasih

Bekas letak benang cross stitch

Image
Ni bobbin yg aku buat sendiri menggunakan kotak. Kotak2 ini dipotong mengikut ukuran bekas, agar muat2 je dalam bekas untuk meletakkan bobbin ni. Di potong mengikut ukuran yg dikehendaki. Tengah2nya di potong membentuk tulang, untuk tempat meletak benang Kotak di balut dengan pita pelekat agar benang tidak tersangkut pada permukaan kasar kotak Setelah benang dipintal pada bobbin, di label menggunakan marker untuk jenis benang dan no kod benang Di susun di dalam bekas yg bersesuaian, untuk dileatkkan pd rak. Rak yg di beli di tesco, seperti dlm gambar pd entri yg ada sebelum ni

Sawang dah blog aku

Image
Haishh...berapa hari dah aku tak update blog ye. Almaklum bz menjahit manik n keja2 seharian. Tambahan pula dgn 2 anak saudara yg ada kat umah tu. Seb baik dorg ni pandai berdikari, tade susahkan mak usu dia ni kan. Aku saje je menulis ni sbb nak lepaskan tension keja. Boleh buat aku migrain. Actually dah ada bunga2 migrain pun. Atas kening dah bedenyut2. Tu yg hapdate blog. Adalah caller yg tak reti bahser td. Aku dah bahserkan pun  tak jalan gak. So aku pass pd my bos hahahah. Yerlah, call lain bederet nak masuk, tak telayan nak layan dia becakap. Kesian org lain nnti sbb aku tak pickup call dorg kan. Tp biasalah, tu hanya asam garam PKP mcm aku ni. Dah nama keja, sebenarnya tak boleh merungut, tp dgn menceceh mcm ni, aku rasa ringan sket kepala aku ni. Btw, dah ada projek baru, jualan kuih plak dah. Ntilah ada masa kau update pasal nih hehehe.....